Hai. My name Nur Ernieyda Farihar Binti Azhar. :)

Product review by Ernieyda: Elianto ❤




 Assalammualaikum blogger dan reader sekalian. Ewah kemain bahasa rojak kau Nieyda. Hahaha ok tak lawak. Baiklah tuan-tuan dan puan-puan, saya pasti anda teruja tengok gambar beauty product kat atas tu kan. Haaa ginilah. Harini nak buat produk review sikit. Muehehe memandangkan Nieyda adalah pengguna setia Elianto, jadinya boleh kot kalau nak borak sikit pasal produk ni. Uhuk uhuk bukan apa, Nieyda ni jenis yang suka make up. Tak kisah lah nak pergi kerja ke, pergi dating ke, pergi jogging ke, pergi kedai beli bawang ke, haa mesti nak make up. Maksudnya bukan lah make up macam pengantin tu, TAK! Make up sikit je, calit eyeliner calit liptip. Euw gediknya taip liptip. Ok lah lipstik. Ha gittewww. Punca utama nak make up ialah, senang nak selfie. Kah! Sebab Nieyda orang yang jenis mesti nak amik gambar, jadinya perlu lah standby lawo-lawo ye dak? Tak semua barang nieyda barang Elianto, ade jugak barang lain. Tapi 90% dari Elianto, yang lain tu beli dekat Sasa. Entah apa produk korea mari. Haha okay. Antara barang Elianto yang Nieyda guna, concealer. Concealer dia memang terbaik lah. Sebabnya dia ada banyak pilihan warna. Jadi korang pilih lah warna apa yang paling sesuai dengan korang. Macam Nieyda, Nieyda pakai warna..... Alaaaa lupalah warna apa. Kah! Nieyda tak pakai untuk tutup parut jerawat, Nieyda guna untuk lukis kening. Tutup jerawat tak payah, sebabnya boleh tutup dengan camera 360. If yknow what i mean. Hahaha ok next loose powder. Loose powder dia pun best, nampak muka natural sangat. Tapi Nieyda jarang pakai loose powder ni, kalau rajin je tempek. Next is lipstik. Elianto ade 4/5 jenis lipstik jugak kalau tak silap. Tapi, yang Nieyda pakai ni yang macam dalam gambar atas tu, dia petak then ada warna emas kat tengah tu. Haa yang jenis ni long-lasting. Pakai dari pagi, sampai malam pun ada warna lagi. Ha tu tipu. Kah! Tipulah siang sampai malam tak hilang. Unless kalau kau tak makan tak minum. Ha itu ye tak hilang. Haa next eyeshadow. Yang ni paling best! Sebab korang boleh beli plate asing, eye shadow asing. Plate dia ada banyak jenis. Maksud Nieyda, ada yang 4 lubang, 8 lubang, 12 lubang. Itulah yang Nieyda Ingat. Macam Nieyda punya, 12 lubang. Cukuplah kot, sebab Nieyda tak selalu pakai eyeshadow. Melainkan kalau pergi event tertentu atau jumpa mak mertua. Eh? Ha eyeshadow nya pulak ada banyak jenis. Kau nak yang glitter, yang tak glitter semua ada. Pilih je. Haa korang boleh pilih nak kaler apa, then susun je dalam plate yang korang beli tu. Best kan? Macam main game pulak. Ok next mascara. Setakat ni Nieyda dah cuba dua jenis mascara Elianto, satu Fairy satu Princess. Takde beza mana pun, dua-dua best. Tapi yang princess punya akan nampak bulu mata korang lebat. Eyeliner Elianto pun best. senang nak lukis sebab dia punya liner tu jenis yang keras, bukan jenis brush. Jadi, 3saat je korang boleh lukis. ok next Kalau korang tengok series Running Man, korang mesti kenal Song Jihyo kan? Ha korang nampak kan muka dia shining macam segar bugar mandi 356jam, korang boleh lah cuba face mist Elianto. Memang nampak muka shining dan fresh. Ok next make up remover. Make up remover dia memang best. Especially untuk korang yang suka pakai make up waterproof, Elianto punya remover 100% boleh hilangkan make up tu. Tapi dia berminyak sikit, jadi Nieyda sarankan kalau korang nak solat, korang kena cuci muka guna pencuci muka untuk hilangkan minyak remover tu. Nanti korang tak selesa. Yang brush banyak-banyak dalam plastik tu, tu untuk lips. Hehe calit kat lipstik lepas tu calit plak kat mulut. Tu kalau rajin je, kalau malas memang main tenyeh je terus kat mulut. Lastly, yang paling best edp perfume Elianto. Disebabkan boyfriend suka sangat dengan bau rose tu, jadi Nieyda tak tukar minyak wangi. Memang ramai yang tanya Nieyda pakai minyak wangi ape. Hehe so inilah jawapan dia. Elianto Kiss of Rose EDP. Bau lembut sangat, kadang-kadang bau macam sabun pun ade. Hehe then kalau tengok gambar kat atas, ade nampak body mist kan? Haa body mist Nieyda pakai Cherry Blossom. Bau dia memang tahan seharian. Tak macam Victoria Secret, wangi memang wangi. Tapi sekejap je bau dia. Tak percaya korang boleh cuba sendiri Elianto ni (^.^)

2 comments:

  1. eeee kakak sy teringin nak jumpa kakak. hope one day kita dapat jumpa. :)

    ReplyDelete